Kemaskini Terakhir: Jumaat,23 Ogos 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 7088DSC 7099DSC 7135DSC 7182DSC 7189DSC 7220

GONG KEDAK, 18 Jul 18 - Taklimat Roadshow Amanah Saham Bumiputera Zulu (ASB-Z) anjuran Jabatan Arah Urusan Gaji Angkatan Tentera (UGAT) dan urusama Permodalan Nasional Berhad (PNB) dengan kerjasama Bank Muamalat Malaysia Berhad telah diadakan di Dewan Puteri Pangkalan Udara Gong Kedak.
Permodalan Nasional Berhad (PNB) dengan kerjasama Bank Muamalat Malaysia Berhad telah melancarkan satu Skim Pelaburan Khas untuk memudahkan anggota dan veteran Angkatan Tentera melabur serta membuat tabungan atau simpanan yang kukuh selain meningkatkan taraf sosio ekonomi menerusi pelaburan Amanah Saham Bumiputera

Taklimat ini terbahagi kepada 3 sesi pada sesi pertama telah disampaikan oleh PS 1 Akaun UGAT, Lt Kol Ibni Abbas bin Chik, manakala sesi kedua telah disampaikan oleh wakil dari Permodalan Nasional Berhad, En Mohd Rofaezal bin Mohamad Ramly dan sesi ketiga telah disampaikan oleh wakil dari Bank Muamalat Malaysia Berhad, En Roszeli Khan bin Mohamad.
Turut hadir pada sesi taklimat Pemangku Komander Pangkalan, Lt Kol Wan Zainal Abidin bin Wan Yaacob TUDM, Pegawai-pegawai Kanan, pegawai-pegawai dan anggota lain-lain Pangkat Pangkalan Udara Gong Kedak.