Kemaskini Terakhir: Isnin,19 Ogos 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

1234DSC 3178

 

SUBANG, 11 Jul 18 – Perbarisan Bulanan Pegawai Memerintah No 22 Skn telah diadakan di Hangar Skuadron. Perbarisan yang terdiri daripada 4 pegawai dan 62 anggota lain-lain pangkat yang dihadiri oleh semua Eksekutif Skuadron. Pegawai Memerintah No 22 Skn, Lt Kol Baharin bin Mohamad TUDM telah menyaksikan Upacara Serah Terima Tugas KLM dan juga SSM Skn. Selain itu, beliau juga turut menyempurnakan pemakaian pangkat kepada 17 anggota lain-lain pangkat yang baru dinaikkan pangkat dan beliau juga telah menyampaikan sijil khidmat terpuji kepada 3 anggota lain-lain pangkat yang telah melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diberi dengan penuh ketelitian dan dedikasi.
Di dalam ucapannya, beliau mengucapkan tahniah serta syabas kepada warga skuadron yang telah dinaikkan pangkat. Beliau berharap agar pangkat yang diberikan tidak akan disia-siakan sebaliknya memberi motivasi kepada seluruh warga No 22 skn agar bekerja dengan lebih keras. Sebelum mengakhiri ucapan, beliau telah membaca perintah ulung Panglima Angkatan Tentera yang baru. Perbarisan diakhiri dengan baca doa.