Kemaskini Terakhir: Khamis,22 Ogos 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

37153985 1811567425597562 762154389195456512 n37240382 1811567335597571 5709435614395367424 n

GONG KEDAK, 14 Jul 18 – Pangkalan Udara Gong Kedak telah diberi penghormatan dan diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagai Badan Beruniform paling aktif menganjurkan aktiviti derma darah bagi kawasan Pantai Timur semasa Hari Penderma Sedunia Peringkat Kebangsaan yang diadakan di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.

Penyampaian sijil pengiktirafan kepada Komander Pangkalan Udara Gong Kedak, Brig Jen Dato’ Suhaimi bin Hussain TUDM telah disempurnakan oleh Yang Dipertua Undangan Negeri (Speaker DUN), YB Yahaya Ali mewakili Menteri Besar Terengganu.

Hari Penderma Sedunia Peringkat Kebangsaan dengan bertemakan “Hadirlah Untuk Mereka, Derma Darah, Kongsi Kehidupan” telah dirasmikan oleh Menteri Kesihatan Malaysia, YB Dato’ Dr. Dzulkefly. Kira-kira 100 orang penderma dari seluruh negara terdiri daripada individu dan penganjur hadir di majlis ini.

Acara ini merupakan acara tahunan bagi menghargai penderma-penderma darah yang sentiasa diperlukan bagi menyelamatkan nyawa orang lain.

Menurut Kapt Dr Adif Faidz (Pegawai Perubatan Pangkalan Udara Gong Kedak) pihak pangkalan melalui RSAT Pangkalan Udara Gong Kedak sentiasa bekerjasama dengan Unit Transfusi Darah Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dalam penganjuran kempen derma darah ini. Semoga pengiktirafan ini akan lebih mengeratkan kerjasama antara pihak TUDM dan pihak KKM.

Turut hadir dalam acara tersebut, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dato’ Dr. Noor Hisham Abdullah; Pengarah Pusat Darah Negara, Dr. Noryati Abu Amin dan Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr. Mohammad Omar.

37116634 1811567308930907 3459562273931001856 n