Kemaskini Terakhir: Sabtu,24 Ogos 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

16ef84ad e002 4b1b 8ade 820a27ebf8b48180b85f 8f29 41a4 8b54 5db30f9d665fd50279df 9703 437b b1b4 eef4227575cd

 

SHAH ALAM, 12 Jul 18 – Bengkel Pembangunan National Occupational Skill Standard (NOSS) Kerangka Pekerjaan Military and Defence Services TUDM Siri 1/18 dan 2/18 anjuran MTU BSM – Sel Penyelidikan telah diadakan pada 9 hingga 12 Jul 18 bertempat di Hotel Grand Blue Wave, Shah Alam, Selangor.

Seramai 57 pegawai selaku panel pembangunan yang dilantik dari pelbagai peringkat pengurusan telah menyertai bengkel tersebut. Bengkel ini membincangkan12 teras bidang NOSS-TUDM merangkumi 5 Cawang iaitu Penerbangan, Kejuruteraan, Sistem Darat, Materiel dan Tadbir.

Tujuan bengkel tersebut dilaksanakan adalah untuk membangunkan dokumen-dokumen tertentu selari dengan keperluan pembangunan NOSS-TUDM sebagaimana yang telah ditetapkan oleh pihak Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia (JPK KSM). Ianya merupakan salah satu inisiatif mendokong hasrat pucuk pimpinan agar kemahiran setiap anggota TUDM diiktiraf di peringkat Kebangsaan khususnya dan Antarabangsa amnya.