Kemaskini Terakhir: Khamis,15 Nov 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 0392DSC 0406DSC 0469DSC 0471DSC 0627DSC 0632

 

KUALA LUMPUR, 30 Jun 18 - Pejabat Pendidikan PU Kuala Lumpur telah menganjurkan Hari Potensi Tadika Kemas bagi Parlimen Bukit Bintang dan Seputeh di Dewan Angkasa Raya PU Kuala Lumpur. Sebanyak 5 buah tadika kemas telah melibatkan diri dan seramai 100 kanak-kanak hadir di dalam program tersebut bersama ibu bapa masing-masing.

Turut hadir dalam program tersebut, Pengarah KEMAS Wilayah Kuala Lumpur dan Komander Pangkalan Udara Kuala Lumpur, Kol Mohamad Noh bin Daim TUDM. Dalam teks ucapannya, Komander Pangkalan menyatakan bahawa pentingnya pendidikan awal bagi kanak-kanak sewaktu mereka membesar. Beliau turut berkongsi cara didikan kepada anak-anak beliau yang diamalkan sehingga kini. Penyampaian hadiah bagi para pemenang telah disampaikan oleh Komander Pangkalan.