Kemaskini Terakhir: Khamis,22 Ogos 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 0022DSC 0039DSC 0049DSC 0090DSC 0137DSC 0150DSC 0174raaf 1raaf 4raaf 7raaf 8

 

TANJUNG BUNGAH, 30 Jun 18 - Di Institut Kepimpinan Dan Pengurusan (INSKEP) Pulau Pinang seramai 90 orang bekas pelajar anak-anak anggota tentera Royal Australia Air Force (RAAF) telah mengadakan Majlis Reunion di INSKEP yang diketuai oleh Sqn Ldr Brec Clarke dari HQIADS PU Butterworth dan Flt Lt Kharn Tatam 19 SQN RAAF PU Butterworth. Dalam Majlis tersebut Pegawai Memerintah INSKEP Mej Nurul Amir Bin Othman TUDM, Ketua Cabang Tadbir INSKEP Mej Abd Rahim bin Ahmad TUDM dan Staf Inskep turut terlibat dan memberi sokongan bagi menjayakan majlis tersebut.

Dalam majlis tersebut Mr John Christiansen bekas pelajar sekolah RAAF sebagai pengacara majlis telah menceritakan serba sedikit sejarah mengenai sekolah RAAF di Pulau Pinang. Sebagai sebahagian daripada dasar pertahanan Australia, anggota serantau Australia dikehendaki berkhidmat di pangkalan pertahanan di negara-negara di luar negara, memenuhi perjanjian yang dibuat oleh Kerajaan Australia dengan negara-negara lain di bawah pelbagai perjanjian pertahanan. Pertubuhan Perjanjian Asia Tenggara (S.E.A.T.O.) adalah salah satu daripada perjanjian ini. Untuk menghormati perjanjian ini, Australia berusaha mengekalkan sebahagiannya, Pangkalan Angkatan Udara di Butterworth di Province Wellesley, Pulau Pinang, Malaysia. Seribu anggota pasukan Angkatan Udara Australia dan anggota Kor Artileri Angkatan Darat Australia bersama keluarga mereka, telah dikirim ke Malaysia untuk lawatan tugas yang bervariasi dari 2 hingga 3 tahun. Mereka ditempatkan di pangkalan atau dalam pekerjaan swasta di tanah besar di Butterworth atau di Pulau Pinang.Keperluan penyediaan perkhidmatan perubatan, perkahwinan dan persekolahan amat diperlukan dan mula ditubuhkan sejak pertengahan 1950-an.

Antara aktiviti dalam Majlis Reunion bekas pelajar anak - anak anggota tentera RAAF ialah Perasmian Monumen oleh Pegawai Memerintah INSKEP Mej Nurul Amir bin Othman TUDM bersama Mr John Christiansen ( Terdapat 2 Monumen yang sama satu diletak di INSKEP dan satu lagi diletak di RAAF, Australia), ucapan Pegawai Memerintah INSKEP, membawa bekas pelajar anak - anak anggota tentera RAAF bersama Staf INSKEP melawat sekitar kawasan INSKEP, sesi bergambar dan jamuan ringan.