Kemaskini Terakhir: Khamis,22 Ogos 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 0051DSC 0079DSC 0082DSC 0091DSC 0106DSC 0158

 

SUBANG, 27 Jun 18 - Perbarisan Komander Pangkalan Udara Subang telah diadakan di Padang Kawad Markas, Pangkalan Udara Subang. Seramai 145 orang pegawai dan anggota telah terlibat dalam perbarisan tersebut bagi upacara pemakaian pangkat kepada pegawai dan anggota pangkalan. Seramai 31 anggota Lain-lain Pangkat telah dinaikkan pangkat. Upacara tersebut telah disempurnakan oleh Komander Pangkalan, Brig Jen Dato’ Hj Muhammad Mudzamir Ong bin Abdullah TUDM.
Perbarisan ini merupakan perbarisan sulung beliau selaku Komander Pangkalan Udara Subang menggantikan Mantan Komander, Brig Jen Dato’ Shamsudin bin Kassim TUDM yang telah bertukar keluar. Dalam ucapan beliau telah menekankan beberapa perkara penting yang boleh dijadikan panduan kepada setiap pegawai dan anggota serta organisasi TUDM khasnya.
Antara intipati ucapan beliau adalah:
1. Ketepatan Masa (Punctuality).
2. Budaya Ambil Peduli.
3. Profesionalisme.
4. Penekanan Keselamatan Pangkalan.
5. Penglibatan dalam BAKAT.
6. Penjagaan Kesihatan dan BMI.
7. Borang Rekod Udara 01
8. Memeriahkan Serta Mengimarahkan Masjid

Perbarisan telah diiringi oleh Pancaragam Pusat TUDM yang dipimpin oleh Mej Salleh Wahab TUDM.