Kemaskini Terakhir: Khamis,15 Nov 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

641a93f3 4bb7 4178 b439 317e581569a887c1d9d3 2bc6 4996 ae39 5c638814f5cab88af9c8 3378 468e ae85 67310c2e1f4e9a703189 ce66 4a8e 834f 68cbb08b06dcd7268880 37b8 47f2 9a7f b026444590f5508e508c 872d 4641 ad9a 10d6d043118b06100654 855b 4435 9086 3aba0643a977d879143a c8aa 47a6 b62b 0b243cd58a94

KUALA LUMPUR, 4 Jul 18 – Seramai lima orang Pegawai Kerahan Sepenuh Masa telah diserapkan ke Angkatan Tetap setelah mengangkat sumpah penyerapan di satu majlis yang diadakan di Markas Pasukan Simpanan Tentera Udara (PSTU) hari ini.

Pegawai yang terlibat adalah Lt Helmi bin Kamil TUDM, Lt Tengku Muhammad Dhiyauddin bin Tengku Daniel TUDM, Lt Muhammad Faiz Mu’izzuddin bin Ibrahim TUDM, Lt Muhammad Amir Shabirullah bin Shafie TUDM dan Lt Muhammad Khaidir bin Ramlee TUDM.

Pegawai Pengambilan Cawang Tenaga Kerja, Kapt Arrizal bin Zakaria TUDM selaku Pegawai Angkat Sumpah memulakan acara angkat sumpah disaksikan oleh AKS Tadbir, Brig Jen Ahmad bin Abd Rahman TUDM.

Di majlis yang sama, AKS Tadbir turut menyempurnakan upacara pemakaian pangkat kepada PW U II Raja Abdul Johkeri bin Raja Abdul Rahman yang dinaikkan ke pangkat Pegawai Waran Udara 1 berkuatkuasa 2 Jul 18.

Turut hadir di majlis ini Pengarah PSTU, Kol Hj Ahmad Roslan Zaki bin Hj Abdul Ghani TUDM; Pengarah Rancang Cawangan Provos Marsyal ATM, Kol Hj Mohd Suhami bin Hj Sahri TUDM dan Komander Pangkalan Udara Kuala Lumpur, Kol Mohamad Noh bin Daim TUDM.

Diakhir majlis, para hadirin yang hadir dijemput memeriahkan Jamuan Hari Raya MPSTU yang diadakan di Hangar MPSTU.