Kemaskini Terakhir: Sabtu,24 Ogos 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 0176DSC 0182DSC 0192DSC 0228DSC 0247DSC 0286DSC 0302DSC 0306

KUALA LUMPUR, 8 Jun 18 - Pejabat Agama Pangkalan Udara Kuala Lumpur telah menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran dan Qiammullail bertempat di Masjid Abdullah bin Zubair, PU Kuala Lumpur. Seramai 20 orang telah dipilih untuk mengepalai bacaan khatam Al-Quran sehingga surah yang terakhir.

Komander Pangkalan, Kol Mohamad Noh bin Daim TUDM turut hadir bersama-sama pegawai-pegawai eksekutif pangkalan dan seluruh warga PU Kuala Lumpur.

Dalam majlis tersebut, Komander Pangkalan turut menyerahkan sumbangan Hari Raya kepada sebahagian anggota-anggota dan waris anggota yang memerlukan serta golongan muallaf dan asnaf. Penyampaian duit raya kepada kanak-kanak yang hadir turut diadakan di majlis tersebut.

Aktiviti Qiammullail telah dijalankan pada jam 4.00 pagi dan seterusnya jemaah yang hadir bersahur bersama-sama di ruang legar masjid.