Kemaskini Terakhir: Jumaat,23 Ogos 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 20180613 WA0006IMG 20180613 WA0010IMG 20180613 WA0011IMG 20180613 WA0012IMG 20180613 WA0013IMG 20180613 WA0009IMG 20180613 WA0008IMG 20180613 WA0014IMG 20180613 WA0017IMG 20180613 WA0015IMG 20180613 WA0016IMG 20180613 WA0007

BUTTERWORTH, 13 Jun 18 - Rumah ibu bapa LU II Azril Aminur Rashid bin Rozali di Kawasan Nelayan Pulau Jerejak telah musnah sepenuhnya akibat kebakaran yang berlaku pada 11 Jun 18 lalu. Kebakaran ini turut memusnahkan barang-barang persiapan perkahwinan anggota yang dijadualkan akan melangsungkan perkahwinan pada Hari Raya Aidilfitri kedua.

Kol Hj Ahmad bin Yusof TUDM, Pengarah Perkhidmatan, Markas Tentera Udara - Bahagian Tadbir, Cawangan Perkhidmatan telah menyampaikan sumbangan Tabung Kebajikan TUDM berupa wang tunai dan hamper kepada LU II Azril Aminur Rashid bin Rozali.

Turut serta dalam lawatan ini, Kol Koey Tang Chai TUDM selaku wakil Komander Pangkalan turut menyampaikan hasil kutipan derma kilat dari warga Pangkalan Udara Butterworth kepada anggota. Sementara pihak PERNAMA Pangkalan Udara Butterworth turut menyampaikan sumbangan berupa barangan dapur dan elektrik kepada anggota. Lawatan ini turut disertai oleh staf dari INSKEP.

Seluruh warga TUDM mendoakan semoga anggota dan keluarga tabah menghadapi dugaan ini.