Kemaskini Terakhir: Rabu,21 Ogos 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

WhatsApp Image 2018 06 15 at 14.51.30WhatsApp Image 2018 06 15 at 14.51.31WhatsApp Image 2018 06 15 at 14.51.34WhatsApp Image 2018 06 15 at 14.51.33WhatsApp Image 2018 06 15 at 14.51.15WhatsApp Image 2018 06 15 at 14.51.19WhatsApp Image 2018 06 15 at 14.51.22WhatsApp Image 2018 06 15 at 14.51.23WhatsApp Image 2018 06 15 at 14.51.24WhatsApp Image 2018 06 15 at 14.51.27WhatsApp Image 2018 06 15 at 14.51.28WhatsApp Image 2018 06 15 at 14.51.32

SUBANG, 15 Jun 18 – Pangkalan Udara Subang telah mengadakan Majlis Jamuan 1 Syawal serta Penyerahan Beg Raya kepada anggota yang bertugas pada 1 Syawal pada tahun ini. Program ini telah dimeriahkan oleh pegawai dan anggota dari Skn serta cawang naungan PU Subang serta diiringi oleh Pegawai Eksekutif PU Subang dan keluarga masing-masing.

Program telah dimulakan sebaik sahaja selesai Solat Sunat Aidilfitri yang diimamkan oleh Pegawai Agama Kanan Pangkalan, Mej Ust Haji Razailan @ Mohd Firdaus bin Rhani. Program bermula dengan jamuan makan di Dewan Jamuan Wisma Bintara dan diteruskan dengan penyampaian Duit Raya kepada anak-anak anggota yang disampaikan oleh Komander Pangkalan, Brig Jen Dato’ Hj Muhammad Mudzamir Ong bin Abdullah TUDM dan isteri, YBhg Datin Hjh Siti Norlela binti Alwi. Seterusnya turut diadakan penyerahan beg raya kepada semua petugas pangkalan yang bertugas pada 1 Syawal. Komander Pangkalan turut membacakan teks ucapan Perutusan Raya Panglima Tentera Udara dalam sesi ucapan beliau.

Program seperti ini merupakan rutin tahunan pangkalan yang bertujuan bagi menghargai pengorbanan dan jasa petugas-petugas pangkalan disamping dapat mengeratkan lagi tali silaturahim diantara warga Pangkalan Udara Subang.