Kemaskini Terakhir: Isnin,19 Ogos 2019
A- A A+
config

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 1222IMG 1220

IMG 1227IMG 1219

KUALA LUMPUR, 13 JUN 18 - Persatuan Buddha TUDM telah menganjurkan satu lawatan kebajikan ke Rumah Anak-Anak Yatim dan Rumah Warga Tua di bawah naungan Persatuan Kebajikan Ti-Ratana (Ti-Ratana Welfare Society) yang terletak di Salak South Bharu (Desa Petaling), Kuala Lumpur sempena Sambutan Hari Ulang Tahun TUDM ke-60.

Lawatan ini diketuai oleh Kol Tan Chee Seng TUDM yang merupakan Pengerusi kepada Persatuan Buddha TUDM. Tujuan lawatan kebajikan ini diadakan adalah untuk menghulurkan sedikit sumbangan serta membantu meringankan beban anak-anak yatim dan warga tua yang menginap di premis tersebut. Lawatan ini secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi hubungan sillaturrahim antara anggota tentera dan orang awam.

Kol Tan Chee Seng TUDM telah menyampaikan sumbangan kepada En Ven Hemaloka yang merupakan seorang Sami Buddha yang menjaga rumah tersebut dan beliau telah meluahkan rasa terharu dan berterima kasih di atas sumbangan yang telah diberikan.