SENDAYAN , 8 Jun 18 – Panglima Pemerintahan Pendidikan dan Latihan Udara (PPLU), YBhg Lt Jen Dato’ Kamalruzaman bin Mohd Othman TUDM telah menyampaikan bungkusan beg sumbangan Hari Raya dari Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kepada Petugas-petugas Markas yang mengandungi beberapa barang keperluan makanan dan kelengkapan diri. PPLU juga memberikan ucapan dan pesanan agar sentiasa berhati-hati sepanjang perjalanan pulang ke kampung dan berbelanja secara berhemah.
PERBARISAN PANGLIMA PENDIDIKAN DAN LATIHAN UDARA SERTA PENYAMPAIAN BUNGKUSAN HARI RAYA KEPADA PETUGAS-PETUGAS MPPLU
- Butiran