Kemaskini Terakhir: Khamis,15 Nov 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

34775603 1756314334456205 6542552003011149824 n34796517 1756314367789535 4548991234051407872 n34846281 1756314217789550 5686589729865203712 n34846362 1756314344456204 6483876792628150272 n34888963 1756314227789549 7279598399941246976 n

Kuantan, 6 Jun 18 – Penganut agama Hindu dari Pangkalan Udara Kuantan telah menganjurkan upacara sembahyang sempena Hari Ulang Tahun TUDM ke-60 pada tahun ini. Upacara sembahyang ini telah dilaksanakan di Kuil Sri Mariamman, Kuantan.

Seramai 33 orang pegawai dan anggota dari PU Kuantan telah terlibat dalam upacara ini. Upacara ini turut disertai oleh 32 orang pegawai dan anggota-anggota dari PU Butterworth, PU Subang, PU Kuala Lumpur, PU Gong Kedak, Rejimen TUDM Jugra dan Institut Latihan Pengurusan Material (INSMAT), TUDM Kinrara. Pelaksanaan upacara ini bertujuan mewujudkan suasana kebersamaan dan harmoni dalam kalangan anggota TUDM yang beragama Hindu, disamping merapatkan lagi hubungan baik di antara anggota tentera dan orang awam. Disamping itu, aktiviti ini turut mendapat penglibatan daripada veteran TUDM dan masyarakat setempat semasa upacara sembahyang dijalankan.

Upacara ini telah berlangsung dengan jayanya dibawah kelolaan Pegawai Agama Hindu Pangkalan Mej Paranjothi A/L Manogharan TUDM dan jawatankuasa. Dengan adanya, sokongan pihak PU Kuantan yang dinaungi oleh Komander PU Kuantan, Kol Wan Amin Hafiz Bin Wan Mahmud TUDM serta dibantu oleh staf-staf sokongan yang lain majlis ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.