Kemaskini Terakhir: Ahad,19 Ogos 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

34706082 1756324114455227 1141116387561832448 n34703095 1756324177788554 5290655648537640960 n34664319 1756324271121878 3188976791662362624 n34700683 1756324424455196 1729434384928342016 n34687269 1756324531121852 3542491065850265600 n34750897 1756324614455177 5859255085975994368 n34667611 1756324641121841 2493746763261804544 n

SUBANG, 7 Jun 18 - Komander Pangkalan Udara Subang, YBhg Dato' Hj Muhammad Mudzamir Ong bin Abdullah TUDM dan isteri YBhg Datin Hjh Siti Norlela binti Alwi telah menghadiri Majlis Khatam Al Quran dan Majlis Berbuka Puasa Peringkat Pangkalan, Pangkalan Udara Subang.

Majlis turut dihadiri oleh Mantan Komander Pangkalan, YBhg Brig Jen Dato' Shamsudin bin Kassim TUDM dan isteri selaku tetamu jemputan.

Majlis telah dimulakan dengan alunan bacaan ayat-ayat suci Al Quran oleh seramai 28 orang Peserta Lelaki dan 35 Peserta Perempuan, anggota PU Subang seterusnya berjaya khatam Al Quran bagi bulan Ramadhan kali ini.

Seterusnya, dalam majlis tersebut, YBhg Komander Pangkalan turut menyempurnakan penyampaian cenderahati kepada Mantan Komander Pangkalan dan Mantan Pengerusi BAKAT Pangkalan dan juga turut mengambil kesempatan mengadakan simbolik penyerahan beg raya kepada Petugas 1 Syawal Pangkalan, yang telah diserahkan kepada Pegawai Memerintah Skuadron dan Ketua Cawang.