Kemaskini Terakhir: Rabu,19 Sept 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 3016DSC 3021

DSC 3045DSC 3097

GONG KEDAK, 07 Jun 18 - Perhimpunan Bulanan Komander Pangkalan telah diadakan di Dewan Puteri Pangkalan Udara Gong Kedak. Perhimpunan dihadiri seramai 40 Pegawai dan 310 Anggota Lain-lain pangkat yang diketuai oleh Mej Nazri bin Mustafa TUDM.

Dalam ucapan Komander Pangkalan, Brig Jen Dato’ Suhaimi bin Hussain TUDM mengharapkan semua pegawai dan anggota dapat mengamalkan budaya hormat menghormati demi menjaga kepentingan dan nama baik organisasi serta memberi kebaikan dan manfaat dalam melaksanakan kerja-kerja serta menjurus kepada semangat kerja berpasukan. Selain itu juga, beliau menasihati supaya warga pangkalan yang memandu atau menaiki pengangkutan awam sentiasa berhati-hati dan menjaga keselamatan semasa pulang bercuti ke kampung. Beliau mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya AidilFitri kepada semua warga Pangkalan Udara Gong Kedak.