Kemaskini Terakhir: Ahad,19 Ogos 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 0594DSC 0598DSC 0605DSC 0610DSC 0613DSC 0616

KUALA LUMPUR, 8 Jun 18 – Ketua Pengarah Sekretariat, Brig Jen Dato’ Hanafiah bin Hj Abdul Manaf TUDM telah menyempurnakan upacara penyampaian Sumbangan Kebajikan Hari Raya kepada anak-anak sakit kronik.

Antara pegawai dan anggota yang menerima sumbangan pada hari ini adalah Mej Wan Sulaiman bin Wan Hamat TUDM (bapa kepada adik Wan Nur Damia), Kapt Iyas Mubarak bin Othman TUDM (bapa kepada adik Aune Umayra) dan Sjn U Zaizul Azmi bin Othman (bapa kepada adik Ahmad Qusyairi).

Pada majlis ini juga, Ketua Pengarah Sekretariat turut menyampaikan beg bungkusan hari raya kepada pegawai dan anggota yang akan bertugas pada hari lebaran nanti iaitu Mej Ir Neo Chin Kiat TUDM, PW U I Katrusgay Ak Tahol dan Sjn U Fabian bin Andraw.