Kemaskini Terakhir: Sabtu,23 Jun 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

20180515 14590220180516 123921IMG 4147IMG 4150

 

KUALA LUMPUR, 16 Mei 18 - Cawangan Perkhidmatan - Seksyen Pembangunan Sukan TUDM telah menganjurkan Kursus Persijilan Pengurusan Diet dan Pemakanan Sukan. Penganjuran kursus ini merupakan satu bentuk kerjasama di antara Seksyen Pembangunan Sukan TUDM dan pihak Akademi Kecergasan Pertahanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Ianya telah dilaksanakan bertempat di Akademi Kecergasan Pertahanan UPNM mulai 14 hingga 16 Mei 18. Pihak UPNM telah menyediakan khidmat tenaga pengajar pakar dalam bidang sains sukan dan pemakanan sukan, kemudahan bilik kuliah, gimnasium, Kompleks Sukan serta sijil pengiktirafan.

Pelaksanaan kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan meningkatkan pengetahuan para Pentadbir Sukan, Atlet serta Jurulatih Jasmani TUDM mengenai tatacara pengurusan diet yang betul kepada atlet mahupun kepada anggota. Antara pengisian pembelajaran di dalam kursus ini adalah seperti berikut:

a. Pemakanan Sukan (Sports Nutrition).
b. Sistem Tenaga (Energy System).
c. Pengurusan Diet (Diet Management).
d. Pengurusan Aktiviti Fizikal (Physical Activity Management).

Peserta kursus telah diberi pendedahan tentang cara mengukur dan mengenalpasti peratus lemak dalam badan menggunakan kaedah Skinfold Measurements. Tambahan dari itu, peserta kursus juga turut didedahkan mengenai Kadar Metabolisma Asas (BMR) iaitu formula pengiraan pengambilan (energy intake) dan pembakaran (energy expenditure) kalori seharian bagi mengekalkan berat badan ideal.

Kursus ini telah disertai oleh seramai 25 peserta yang terdiri daripada 16 peserta dari Persatuan Sukan TUDM manakala 9 peserta adalah dari ketukangan Jurulatih Jasmani TUDM. Majlis Penutup Kursus ini telah disempurnakan oleh YBhg Prof. Dr. Mohar bin Kassim, Pengarah Akademi Kecergasan Pertahanan, UPNM dan telah turut dihadiri oleh Kol Hj Ahmad bin Yusof TUDM, Pengarah Perkhidmatan, Kol Mohamad Shuairi bin Abdullah TUDM, Pengarah Materiel serta pegawai dan staf TUDM serta UPNM.