Kemaskini Terakhir: Ahad,19 Ogos 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 20180517 WA0005IMG 20180517 WA0023IMG 20180517 WA0024IMG 20180517 WA0025

 

BUTTERWORTH, 14 Mei 18 - Markas Wilayah Udara 1 (MAWILUD 1) telah melaksanakan Lawatan Pemeriksaan Tahunan ke atas Pangkalan Udara Butterworth mulai 14 hingga 16 Mei 18. Lawatan tersebut telah diketuai oleh Ketua Staf Markas Wilayah Udara 1, Brig Jen Dato’ Hj Yazid bin Hj Arshad TUDM selaku wakil Panglima Wilayah Udara 1 (PANGWILUD 1). Ketibaan Ketua Staf MAWILUD 1 dan Tim Pemeriksa telah disambut oleh Komander Pangkalan Udara Butterworth, Kolonel Amer Mahmud bin Abdul Rahman TUDM serta semua Pegawai Memerintah Skuadron dan Ketua Cawang.

Semasa lawatan itu, Ketua Staf MAWILUD 1 telah menandatangani Buku Pelawat dan sesi bergambar di Pergerakan Udara Pangkalan Udara Butterworth, seterusnya membuat lawatan pemeriksaan ke atas semua Skn dan Cawang yg berkaitan. Disamping Lawatan tersebut, Ketua Staf MAWILUD 1 juga berkesempatan hadir dalam menyaksikan majlis serah terima tugas Komander Pangkalan, Pangkalan Udara Butterworth pada 15 Mei 18 yang lepas.