Kemaskini Terakhir: Jumaat,25 Mei 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 0469DSC 0486DSC 0549DSC 0555DSC 0573DSC 0583DSC 0610DSC 0636DSC 0715

 

GONG KEDAK, 16 Mei 18 – Taklimat Kebakaran dan Latihan Penggunaan Alat Pemadam Api (APAK) untuk ahli BAKAT telah diadakan di MAHTERA Pangkalan Udara Gong Kedak. Taklimat dan latihan tersebut disampaikan oleh anggota Bomba Pangkalan iaitu Sjn U Mohamad Yani bin Abu Bakar. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang pentingnya langkah-langkah pencegahan kebakaran dan aspek-aspek keselamatan tempat tinggal di dalam pangkalan atau di luar pangkalan.

Selain itu juga turut diadakan simulasi kebakaran bagi memberi pendedahan dan gambaran yang jelas situasi ketika berlakunya kebakaran disamping menilai tahap kecekapan ahli-ahli BAKAT dalam mengendalikan alat pemadam api serta tindakan yang perlu dilakukan semasa berlakunya kebakaran di tempat kediaman ahli-ahli BAKAT.

Turut hadir dalam taklimat dan latihan kebakaran ialah Timbalan Pengerusi BAKAT Pangkalan, Puan Rosniza binti Md Yusof serta ahli BAKAT Pangkalan Udara Gong Kedak.