Kemaskini Terakhir: Jumaat,25 Mei 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

WhatsApp Image 2018 05 14 at 12.27.08WhatsApp Image 2018 05 14 at 12.27.21WhatsApp Image 2018 05 14 at 12.27.23WhatsApp Image 2018 05 14 at 12.27.25WhatsApp Image 2018 05 14 at 12.27.34

 

BUKIT IBAM, 14 Mei 18 – Ketua Staf Markas Pemerintahan Pendidikan Dan Latihan Udara, Brig Jen Dato’ HJ Sanusi bin Hj Samion TUDM telah hadir menyaksikan Upacara Serah Terima Tugas Pegawai Memerintah Sekolah Latihan Tempur TUDM, Bukit Ibam yang diadakan di Padang Kawad Sekolah Latihan Tempur TUDM Bukit Ibam. Lt Kol Jafridin bin Bahari TUDM dengan rasminya telah mengambil alih tugas sebagai Pegawai Memerintah SLTT TUDM Bukit Ibam daripada Mej Ir Mohd Syaffian bin Hussin TUDM yang selama ini telah memangku jawatan tersebut.
Turut diadakan Penutup Kursus Asas Ikhtiar Hidup Siri 88/18 yang berlangsung di Dewan Sri Ibam SLTT TUDM, Bukit Ibam. Seramai 56 pelatih yang terdiri daripada pegawai telah mengikuti kursus tersebut mulai 17 Apr hingga 14 Mei 18. Acara Penyampaian Sijil dan Majlis Penutup telah disempurnakan oleh Ketua Staf Markas Pemerintahan Pendidiakn Dan Latihan Udara, Brig Jen Dato’ HJ Sanusi bin Hj Samion TUDM.