Kemaskini Terakhir: Sabtu,17 Nov 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

f7e99c52 c71f 4760 9ccf e8b8f3be48f23e70def7 e4f5 471e 82a5 5a939e8556a43f168782 0dae 4fd1 8771 9147f84299d3e3101c2a 8979 4b9f b585 2b094807c4e45d507d32 2b44 4667 b0dd fe58768a35ebb25e7048 d50c 40f5 a617 089427f88ba1

KUALA LUMPUR, 15 Mei 18 – Seramai 11 anggota dari ketukangan Pancaragam telah berjaya menamatkan Kursus Pancaragam Kelas II (Asas Muzik) Siri 17/18 yang bermula pada 22 Jan hingga 18 Mei 18. Majlis penyampaian Sijil, pemakaian Wing Tred Pancaragam dan upacara majlis penutupan kursus telah disempurnakan oleh Asisten Ketua Staf Tadbir, Brig Jen Ahmad bin Abd Rahman TUDM.

Sepanjang kursus berlangsung, penuntut diajar secara teori dan praktikal dalam pengendalian teknik peralatan alat muzik yang berkesan seperti Trumpet, Clarinet, Alto Saxsophone, Tenor Saxsophone, Baritone Saxsophone, Trombone, Euphonium dan Bass selama 16 minggu dengan jayanya.

Kursus yang selama ini dijalankan selama 52 Minggu (Bersamaan 1 Tahun) berjaya dilaksanakan dalam tempoh yang singkat hanya dalam masa 16 Minggu sahaja. Ini terbukti dengan pengiktirafan dan penilaian yang tinggi diberikan oleh Asisten Ketua Staf Tadbir kepada Penuntut Asas Muzik TUDM.

Dalam kursus ini juga, penuntut didedahkan dengan lagu semasa perbarisan dalam masa 'Perlahan Jalan', 'Cepat Jalan', 'Lagu Pemeriksaan Perbarisan' & 'Lagu Hormat Panglima'. Bersesuaian dengan konsep dan keperluan semasa pancaragam.

LU II Muhammad Akmal Al-Rahman bin Abd Ghani telah dipilih sebagai Penuntut Keseluruhan Terbaik setelah dinilai dari pencapaian, ketrampilan dan semangat bekerja berkumpulan serta dedikasi yang ditunjukkan. Manakala bagi kategori Akademik Terbaik disandang oleh LU II Muhammad Ghadaffi bin Mohd Asri.

Majlis penyampaian Sijil, pemakaian Wing Tred Pancaragam dan upacara majlis penutupan kursus telah disempurnakan oleh Asisten Ketua Staf Tadbir, Brig Jen Ahmad bin Abd Rahman TUDM.

Turut hadir ialah Komander Pangkalan Udara Kuala Lumpur, Kol Muhamad Noh bin Daim TUDM; Pegawai Memerintah INSTAR, Lt Kol Harisson bin Harun TUDM; Pengarah Pancaragam TUDM, Mej Mohd Salleh bin Wahab TUDM dan Ketua Sekolah Muzik, Mej Mohd Rizal bin Hj Mohd Noor TUDM.