Kemaskini Terakhir: Jumaat,25 Mei 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 20180507 WA0027IMG 20180507 WA0029IMG 20180507 WA0032IMG 20180507 WA0033IMG 20180507 WA0035

BUTTERWORTH, 7 Mei 18 - Perbarisan Ketua Cawang Kejuruteraan telah diadakan di ASF Hangar Pangkalan Udara Butterworth. Perbarisan terdiri daripada 3 pegawai dan 108 anggota lain-lain pangkat (LLP) yang diketuai oleh Mej Ahmad Jefri bin Jaafar TUDM dan Pegawai Waran Perbarisan PW U II Shably bin Abdul Ghani.

Dalam majlis tersebut Ketua Cawang Kejuruteraan, Lt Kol Norman bin Mohd Tahir TUDM telah menyempurnakan pemakaian pangkat kepada 16 anggota lain-lain pangkat.

Ketua Cawang Kejuruteraan mengucapkan tahniah kepada anggota yang baru dinaikkan pangkat semoga dengan kenaikan ini akan memberi semangat kepada anggota untuk terus meningkatkan prestasi kerja serta berusaha gigih dalam melaksanakan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan.