Kemaskini Terakhir: Jumaat,25 Mei 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC01844DSC01873DSC01884DSC01940DSC01952

KUCHING, 7 Mei 18 – Pemeriksaan Tahunan Audit IGTU yang diketuai oleh Inspektor Jeneral TUDM, Mej Jen Dato’ Johar Razali bin Hj Ahmad TUDM telah diadakan di PU Kuching mulai 7 hingga 10 Mei 18 merangkumi semua Skuadron dan Cawang. Ketibaan tim pemeriksa telah disambut oleh Komander Pangkalan, Kol Masro bin Kaliwon TUDM serta Eksekutif dan pegawai-pegawai PU Kuching.

Dalam rangka lawatan, Inspektor Jeneral TUDM telah dibawa ke Markas Pangkalan untuk menandatangani Buku Lawatan dan seterusnya diberikan taklimat oleh Komander Pangkalan. Beliau juga turut membuat lawatan dan pemeriksaan ke Skn 330 Kota Samarahan. Pemeriksaan IGTU pada kali ini menekankan tiga kriteria pengauditan iaitu keselamatan, kesiagaan dan pengurusan. Selain itu, aturcara pemeriksaan juga merangkumi program Memperkasakan Budaya Keselamatan sebagai kesinambungan kepada implementasi Safety Management System (SMS) dimana taklimat telah disampaikan oleh IGTU kepada Warga PU Kuching.