Kemaskini Terakhir: Jumaat,25 Mei 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

05a7a2c8 25ca 4c41 ad97 208d2ead40469e489174 385b 4350 a94f 07a850e0797a 1437a0fbe 93e9 41d4 9d4e 0c83453eb0fb772ac2bb b026 431a 9ca2 af41cd3cf43a4423fabc 0d2e 42c2 9f9c d0ba4be54684cef6b0a8 a90a 4286 8598 1da7d9dc3cc4DSC 0001 2DSC 0005 2DSC 0008DSC 0011DSC 0019DSC 0043

 

SUBANG, 7 Mei 18 – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah membuat satu penerbangan ihsan (MEDEVAC) ke atas seorang pesakit iaitu Puan Shafinah binti Saad yang menghidap penyakit Chronic Rhematic Heart Disease dari Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk dibawa ke Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur bagi menjalani pemerhatian dan rawatan rapi disebabkan jangkitan kuman pada luka (Surgical Site Infection of Sternotomy Wound).
Penyakit beliau turut dirumut dengan komplikasi Atrial Fibrillation yang membuatkan keadaan beliau memerlukan pemerhatian lanjut dari pegawai perubatan pakar IJN.
Pesakit ini telah diterbangkan dari Kolej Tentera Udara, Alor Setar ke Pangkalan Udara Subang menggunakan pesawat TUDM jenis CN235 yang diterbangkan oleh Mejar Mohd Azhar bin Mohd Yusoh dan Pembantu Juruterbang, Kapt Mohd Hafiz bin Abdullah TUDM bersama krew pesawat dari No.1 Skuadron iaitu Sjn U David anak Tonge, Sjn U Nurul Hazmil bin Ghazali dan Sjn U (W) Nurul Atikah bte Mohd Suhaimi.
Pesakit ini seterusnya telah dibawa ke IJN menggunakan ambulans dengan segera bagi menjalani pemeriksaan lanjut di pusat perubatan tersebut.
Turut mengiringi pesakit ini adalah suaminya iaitu PW U II Mohamad Akhir bin Mansor serta Pegawai Perubatan dan Jururawat dari Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.
Pucuk pimpinan dan seluruh warga TUDM mendoakan agar pesakit ini diberi kesihatan yang baik dan kembali sembuh seperti sedia kala. Syabas juga diucapkan kepada juruterbang dan krew pesawat CN235 serta warga TUDM yang terlibat secara langsung di dalam menjayakan misi penerbangan ihsan ini.
Komitmen yang padu dan keprihatinan yang tinggi sentiasa dipamerkan oleh seluruh warga TUDM khususnya di dalam memenuhi keperluan kebajikan warganya serta masyarakat umum amnya.