Kemaskini Terakhir: Rabu,18 Jul 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 0038DSC 0085DSC 0108DSC 0173DSC 0321DSC 0356DSC 0368DSC 0408DSC 0432DSC 0441DSC 0460DSC 0513

 

SUBANG, 12 Apr 18 - Komander Pangkalan, Brig Jen Dato' Shamsudin bin Kassim TUDM telah merasmikan serta menyempurnakan Majlis Penutup Sukan 'Pra Mini Olimpik 2018 antara Gabungan Skn/Caw PU Subang bagi tahun 2018 bertempat di Mini Stadium, PU Subang. Acara tersebut turut dihadiri oleh semua Pegawai Memerintah Skn dan Ketua Cawang di bawah naungan PU Subang dan Unit Lojer.
Acara penutup telah dimulakan dengan pertandingan akhir iaitu larian 100 meter (L), 100 meter (W), 4 x 400 meter (W), 4 x 400 meter (L) dan di akhiri dengan acara pertandingan amal, larian 80 meter Eksekutif Pangkalan.
No 20 Skuadron telah dinobatkan sebagai Johan keseluruhan pada pertandingan Pra Mini Olimpik pada tahun ini. Walau bagaimanapun, markah-markah pertandingan akan dibawa ke tahun hadapan iaitu Pertandingan 'Mini Olimpik' PU Subang 2019 dimana kejohanan tersebut diadakan secara dwi tahunan.
Dalam ucapan, Komander Pangkalan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada semua warga PU Subang serta tenaga kerja AJK Sukan Pangkalan yang telah bertungkus lumus menjayakan temasya pada kali ini yang lebih baik dari tahun sebelumnya.