Kemaskini Terakhir: Rabu,12 Dis 2018
A- A A+
config

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 3215DSC 3244DSC 3280

 

GONG KEDAK, 11 Apr 18 - Perhimpunan Komander Pangkalan Udara Gong Kedak telah diadakan di Dewan Puteri Pangkalan. Perhimpunan ini telah dihadiri seramai 30 Pegawai, 300 Anggota Lain-lain Pangkat dan 12 Kakitangan Awam yang diketuai oleh Mej Teh Horng Chien TUDM.
Dalam majlis tersebut Komander Pangkalan, YBhg Brig Jen Dato’ Suhaimi bin Hussain TUDM telah menyempurnakan Penyerahan Cek dari Tabung Kebajikan Angkatan Tentera kepada PW U I Muhd Khairul Azmi bin Ali dari Cawang Materiel.
Dalam ucapan beliau, Komander Pangkalan menitik beratkan aspek keselamatan pangkalan dan semangat kerjasama berpasukan dalam membina serta membentuk diri sebagai modal insan yang berilmu, berintegriti, berani dan tidak menjadi liabiliti kepada pangkalan dan Negara. Selain itu juga, beliau menekankan konsep 5 nilai teras TUDM iaitu Integriti, Keberanian, Kecemerlangan, Setiakawan dan mengutamakan Perkhidmatan dalam memberi perkhidmatan terbaik yang harus di utamakan.