Kemaskini Terakhir: Khamis,21 Jun 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

WhatsApp Image 2018 03 13 at 08.10.33WhatsApp Image 2018 03 13 at 08.11.07WhatsApp Image 2018 03 13 at 08.12.01

 

JOHOR BAHRU, 12 Mac 18 - Mesyuarat Pengurusan dan Seminar Foreign Military Sales (FMS) bagi tahun 2018 telah diadakan di KSL Hotel & Resort Johor Bahru yang dipengerusikan oleh Ketua Akauntan KEMENTAH Encik Muniandy a/l Govindasamy.
Dalam agenda mesyuarat ini turut membincangkan kedudukan dan status kewangan serta maklumbalas terkini perolehan melalui FMS dan membincangkan isu-isu semasa berkaitan dengan FMS. Turut hadir dalam mesyuarat tersebut adalah AKS Materiel, YBhg Brig Jen Dato’ Dr Mohd Yunus bin Masjuki TUDM, Timbalan Ketua Akauntan KEMENTAH serta wakil daripada Office of Defence Cooperation - Malaysia (ODC). Sesi seminar pengurusan FMS turut dilaksanakan selepas berakhirnya mesyuarat yang dihadiri pegawai dan LLP yang terlibat secara langsung dengan FMS.