Kemaskini Terakhir: Selasa,22 Mei 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

WhatsApp Image 2018 03 09 at 11.10.33 AMWhatsApp Image 2018 03 09 at 11.10.34 AMWhatsApp Image 2018 03 09 at 11.10.36 AMWhatsApp Image 2018 03 09 at 11.10.39 AMWhatsApp Image 2018 03 09 at 11.10.38 AMWhatsApp Image 2018 03 09 at 11.10.37 AM

 

BUTTERWORTH, 9 Mac 18 - Penyampaian Sumbangan Vest Keselamatan kepada warga Pangkalan Udara Butterworth Oleh YB Datuk Haji Shabudin Bin Yahaya, Ahli Parlimen Kawasan Tasek Gelugor, Pulau Pinang telah berlangsung dengan jayanya.

Pemangku Komander PU Butterworth, Kol Amer Mahmud bin Abdul Rahman TUDM dan Pegawai Eksekutif pangkalan telah menyambut ketibaan dan mengiringi YB Datuk Haji Shabudin Bin Yahaya, Ahli Parlimen Kawasan Tasek Gelugor, Pulau Pinangdan YB Dato’ Hajah Jahara Bte Abdul Hamid, Adun Kawasan Teluk Air Tawar sempena upacara sumbangan tersebut. Sebanyak 700 unit vest keselamatan telah diagihkan kepada warga pangkalan yang bermotosikal.

Pemakaian vest keselamatan ini telah dikuatkuasakan oleh pangkalan semasa Minggu Keselamatan 2018 yang lepas, bertujuan untuk pencegahan kemalangan jalanraya kepada warga pangkalan yang menunggang motosikal semasa pergi dan balik kerja. Menurut kajian yang telah dijalankan oleh Pegawai Keselamatan Pangkalan, statistik kemalangan di kawasan luar berhampiran pangkalan adalah tinggioleh yang demikian sebagai langkah pencegahan Komander Pangkalan telah menguatkuasakan pemakaian vest kepada semua anggota semasa menunggang motosikal. Langkah ini bertujuan memupuk nilai kesedaran keselamatan kepada setiap anggota.

Ucapan terima kasih diucapkan dari warga Pangkalan Udara Butterworth atas sumbangan yang telah disalur dari YB Datuk Haji Shabudin Bin Yahaya, Ahli Parlimen Kawasan Tasek Gelugor, Pulau Pinang.