Kemaskini Terakhir: Isnin,24 Sept 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 9480DSC 9484DSC 9505DSC 9633DSC 9734DSC 9757DSC 9767DSC 9828

 

GONG KEDAK, 23 Feb 18 - Mesyuarat Agong Tahunan BAKAT Pangkalan Udara Gong Kedak telah berlangsung di Dewan Serbaguna Pangkalan. Mesyuarat tersebut dihadiri seramai 310 orang ahli BAKAT dan dirasmikan oleh Komander Pangkalan, YBhg Brig Jen Dato’ Suhaimi bin Hussain TUDM. Turut dihadir Penasihat BAKAT Pangkalan, Mej Mohd Azrul bin Hussin TUDM dan Pegawai BAKAT Pangkalan, Lt Nurnadirah binti Ahmad Zaimi TUDM.

Mesyuarat Tahunan BAKAT telah dipengerusikan oleh Pengerusi BAKAT PU Gong Kedak, Datin Noor Suriati binti Mohd Suri. Antara agenda mesyuarat ialah meluluskan minit mesyuarat, pembentangan laporan kewangan oleh bendahari BAKAT serta membentangkan aktiviti-aktiviti BAKAT yang dijalankan sepanjang tahun 2017.

Selain itu, Komander Pangkalan telah menyampaikan sijil penghargaan kepada Ahli Jawatankuasa BAKAT 2017 dan pembubaran Ahli Jawatankuasa BAKAT yang lama dan melantik Ahli Jawatankuasa BAKAT yang baru bagi menerajui BAKAT Udara PU Gong Kedak bagi tahun 2018 serta membentangkan perancangan dan perlaksanaan aktiviti-aktiviti bagi tahun ini.