Kemaskini Terakhir: Jumaat,25 Mei 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

38d1194e a41b 42ea a6dd 35c48969608199e71237 b9c2 4ee3 a83e cdf9d4ab992f261e5da0 e433 47b6 b898 62a28e22f940796a8fc5 c69f 4d2d aa97 2c3689a0f9f101511558 e4ca 44de 88db 55f80b0addb823291945 4529 4113 999e 248c887dd69a52307724 4af0 4a31 a987 2ceb56f99b54be2e9626 8828 4f19 9d24 82d9e7c66d48d42d738e 7955 4536 a655 a152a2bfdada

 

KUCHING, 9 Feb 18 - Mes Pegawai Pangkalan Udara Kuching telah mengadakan Majlis Makan Beradat di Hotel Riverside Majestic Kuching bagi meraikan pegawai yang telah bertukar keluar dan masuk. Majlis dimulakan dengan ketibaan Yang Dipertua Mes Pegawai PU Kuching serta Komander Pangkalan ke dewan banquet serta food presentation dan diikuti dengan hidangan kepada semua tetamu yang hadir.
Majlis diteruskan dengan ucapan oleh YDP Mes Pegawai PU Kuching Lt Kol Mohd Hamid Allhalimi bin Lazan TUDM, diikuti oleh ucapan daripada Komander PU Kuching YBhg Kol Yee Yit Hong TUDM dan akhir sekali ucapan daripada wakil pegawai yang bertukar keluar Lt Kol Zulkefli bin Samsu Hadi TUDM.
Di Majlis tersebut, Komander PU Kuching telah menyampaikan cenderahati kepada semua pegawai yang bertukar keluar. Majlis diserikan dengan persembahan tarian kebudayaan serta nyanyian daripada para pegawai. Majlis disudahi dengan acara bergambar beramai-ramai bersama Komander dan YDP Mes Pegawai.