Kemaskini Terakhir: Rabu,18 Jul 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 5946DSC 5994DSC 6029DSC 6045DSC 6067DSC 6101

 

 

GONG KEDAK, 9 Feb 18 - Pejabat Agama Pangkalan Udara Gong Kedak telah mangadakan Kursus Panduan Islam Fardhu Ain Tahap 2 siri 1/18 bermula 5 Feb 18 hingga 09 Feb 18 yang dihadiri 41 penuntut kursus Laskar Udara Kanan. Majlis Penutup Kursus PIFA telah diadakan di Dewan K-Force Pangkalan Udara Gong Kedak yang dirasmikan oleh Komander Pangkalan, YBhg Brig Jen Dato’ Suhaimi bin Hussain TUDM. Turut hadir sama Pegawai Laksana Pangkalan, Lt Kol Wan Zainal Abidin bin Wan Yaacob TUDM, Penyelia Pejabat Agama Pangkalan serta Staf-staf Pejabat Agama dan penuntut kursus.

Objektif kursus ini adalah sebagai satu instrumen untuk memperkukuhkan dan menjayakan dasar pembinaan mental dan kerohanian islam ATM serta membolehkan setiap peringkat anggota ATM menerima pendidikan Islam fardhu ain secara bertahap sepanjang perkhidmatan dan melayakkan anggota LLP untuk dinaikkan pangkat ke peringkat seterusnya.