Kemaskini Terakhir: Selasa,20 Feb 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

1234

 

PU LABUAN, 8 Feb 18 – Perbarisan Bulanan Pegawai Memerintah No 5 Skuadron telah diadakan di Hangar No 5 Skn Pangkalan Udara Labuan. Perbarisan yang dihadiri 17 Pegawai dan 64 Anggota Lain- lain pangkat ini diketuai oleh Mej Aliff bin Latip TUDM manakala Pegawai Waran Perbarisan PW U II Hasrolnizam bin Halil.
Dalam ucapan Pegawai Memerintah No 5 Skuadron, beliau menekankan beberapa perkara penting yang boleh dijadikan panduan kebaikan setiap anggota amnya dan organisasi TUDM khasnya. Beliau juga turut mengingatkan kepada semua anggota supaya memahami seterusnya mengamalkan Core Values.
Selain itu juga, beliau mengucapkan tahniah kepada anggota yang baru dinaikkan pangkat pada tahun ini dan mengingatkan supaya terus berdedikasi dalam melaksanakan tugas yang diberikan dan amanah dalam melaksanakan tanggungjawab.