Kemaskini Terakhir: Isnin,16 Jul 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 5162DSC 5188DSC 5193DSC 5201DSC 5246DSC 5385

 

GONG KEDAK, 7 Feb 18 – Mesyuarat Agung Tahunan Wisma Bintara kali ke-23 bagi tahun 2018 telah berlangsung di Wisma Bintara PU Gong Kedak yang telah disempurnakan oleh wakil Komander Pangkalan, Lt Kol Wan Zainal Abidin bin Wan Yaacob TUDM iaitu Pegawai Laksana Pangkalan.

Mesyuarat tahunan bertujuan bagi melantik YDP Wisma dan Ahli-ahli Jawatankuasa yang baru. Turut hadir di mesyuarat ini adalah Pemangku Pegawai Penjaga Wisma Bintara, Mej Mohd Khairil Ashraf bin Maton TUDM, Pegawai Penjaga Akaun, Kapt Mohd Azmirul bin Mohd Nadir TUDM, Pegawai Waran Pangkalan, Pw U I Mohd Hisham bin Sudin serta Ahli-ahli Wisma Bintara. Perlantikan Yang Dipertua Wisma Bintara baru bagi sesi 2018 adalah Pw U I Ramli bin Omar dari Cawang Kejuruteraan.

Tahniah diucapkan semoga beliau menjalankan tugas yang diamanahkan dengan cemerlang serta lebih efisen dan saksama.