Kemaskini Terakhir: Jumaat,27 Apr 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

123456

 

KUCHING, 7 Feb 18 – Majlis Pembukaan Kursus Asas Juru Sensor Senjata-Taktikal Maritim (KJSS-TM) 05/18, Kursus Asas Kuartermaster Udara Siri 13/18 dan Kursus Asas Pramugari Siri 05/18 telah disempurnakan oleh Panglima Wilayah Udara 2, YBhg Mej Jen Dato’ Hj Mohd Shabre bin Hj Hussein TUDM. Majlis yang berlangsung di Auditorium No 1 Skn turut dihadiri oleh Pegawai Memerintah Skn, Eksekutif Pangkalan, pegawai-pegawai dan anggota.
KJSS-TM Siri 05/18 terdiri daripada 4 orang pelatih iaitu 3 orang pegawai TUDM dan satu orang pegawai TLDM. Kursus Asas Kuartermaster Udara Siri 13/18 terdiri daripada 9 orang pelatih anggota LLP TUDM manakala Kursus Asas Pramugari Siri 05/18 pula terdiri daripada 4 orang pelatih anggota LLP wanita TUDM. Kursus-kursus ini akan melahirkan generasi aircrew atau anakapal yang bakal menjadi nadi bagi operasi dan siap siaga TUDM dan TLDM pada masa akan datang.