Kemaskini Terakhir: Sabtu,15 Dis 2018
A- A A+
config

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

5 resizeDSC 4120 resizeDSC 4122 resizeDSC 4125 resizeDSC 4128 resizeDSC 4139 resize

ALOR SETAR, 10 Jan 18 – Majlis Penutup Flying Instructor Course (FIC) Siri 55/17 dan Majlis Penyampaian Sijil Jurulatih Penerbangan Kategori ‘A’ telah disempurnakan oleh Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, YBhg Mej Jen Datuk Hj Romlee bin Yahaya TUDM bertempat di Auditorium ILIT, KTU Alor Setar. Turut hadir pada majlis tersebut adalah Komandan KTU, YBhg Brig Jen Dato’ Johnny Loh Kok Kong TUDM, Pegawai-pegawai Memerintah serta Ketua-ketua Cawang di KTU.

Seramai 9 anggota pelatih FIC Siri 55/17 telah berjaya menamatkan kursus yang bermula pada 20 Feb 17 yang lalu bertempat di Institut Latihan Instruktur TUDM (ILIT).

Pelatih Sayap Kaku Terbaik telah dianugerahkan kepada Mej Mohd Khairul Azrin bin Mohd Tuah TUDM dan bagi kategori Pelatih Sayap Putar Terbaik dianugerahkan kepada Mej Mohd Asmil Faiq bin Adnan TUDM. Manakala bagi kategori Pelatih Fasa Kajian Bawah Terbaik dianugerahkan kepada Mej Mohd Azmeel bin Mohd Nadzri TUDM.

Pada majlis tersebut turut berlangsung penyampaian Sijil Jurulatih Penerbangan Kategori ‘A’ oleh Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, YBhg Mej Jen Datuk Hj Romlee bin Yahaya TUDM kepada jurulatih-jurulatih berikut:

1. Mej Bahaizil Nazim bin Mohd Bakar TUDM - QHI
2. Mej Ryan Mackeith Stevenson TUDM - QFI
3. Mej Mohd Hafiz bin Abu Bakar TUDM - QFI
4. Mej Mohd Fauzi bin Abdullah TUDM - QFI
5. Mej Mohd Zulazri bin Ibrahim TUDM - QFI