Kemaskini Terakhir: Sabtu,15 Dis 2018
A- A A+
config

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 5245IMG 5248IMG 5249

LABUAN, 9 Jan 18 – Lawatan Muhibbah antara Skn 340 dan No 6 Skn telah berjaya dilaksanakan di No 6 Skn. Program ini telah disertai pegawai dan anggota dari bahagian operasi dan kejuruteraan Skn 340 bersama-sama warga No 6 Skn.

Tujuan program ini diadakan adalah bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim yang terjalin di antara warga Skn pejuang dan Skn Pertahanan Udara di Pangkalan Udara Labuan disamping turut bertukar serta berkongsi ilmu dalam kalangan warga TUDM. Program ini terbahagi kepada dua peringkat iaitu kelas dan lawatan ke pesawat.

Satu sesi perbincangan di antara Pegawai Kawal dan Lapor bersama juruterbang No 6 Skn mengenai Air Combat Tactic (ACT) telah diadakan manakala lawatan ke pesawat dan 1st line juga turut dianjurkan oleh Bahagian Kejuruteraan No 6 Skn. Lawatan secara dekat di hangar No 6 Skn yang menempatkan Pesawat Hawk ini telah memberi ilmu tambahan, khususnya kepada anggota kejuruteraan di Skn 340.

Turut hadir dalam menjayakan program tersebut ialah Pegawai Memerintah Skn 340, Lt Kol Zainal Abidin bin Yahia@Yahaya TUDM bersama pemangku Pegawai Memerintah No 6 Skn, Mej Nazrul Hafiz bin Zaini TUDM. Program ini telah berjalan dengan lancar dan jayanya.