Kemaskini Terakhir: Khamis,18 Jan 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

3223e2d0 1ca8 48a7 9155 fbc5ef8edcc1a0298310 d20e 4f48 8cf1 c88bbf8d7e31

aeee61f7 5d02 4edc a246 ebc8b2e389e4f3ddc55e e65a 40ec a009 8dd7b82b704b

BUTTERWORTH, 4 Jan 18 - Majlis penyampaian bantuan kebajikan kepada mangsa banjir dan persekolahan anak-anak warga Pangkalan Udara Butterworth di bawah kawasan Parlimen Tasek Gelugor, Pulau Pinang telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Tasek Gelugor, YB Datuk Haji Shabudin bin Yahaya di Dewan Setia Pangkalan.

Pada majlis ini, YB Datuk Haji Shabudin telah menyampaikan keperluan tilam, bantal dan makanan bagi kepada 50 orang mangsa-mangsa banjir yang berlaku pada 4 Nov 17 lalu. Manakala bagi bantuan persekolahan pula beliau telah menyampaikan baucer pembelian peralatan sekolah bernilai RM100.00 kepada 150 orang ibu bapa bagi meringankan persiapan persekolahan anak-anak mereka di tahun 2018.

Majlis penyampaian sumbangan kebajikan ini telah dihadiri oleh Pemangku Komander Pangkalan Udara Butterworth, YBhg Kol Amer Mahmud bin Abdul Rahman TUDM dan Pegawai Kanan Pangkalan. Manakala rombongan daripada YB Ahli Parlimen Tasek Gelugor telah disertai oleh ADUN Kawasan Telok Air Tawar, ADUN Kawasan Sungai Dua, ADUN Kawasan Permatang Berangan serta lain-lain pemimpin tempatan.