Kemaskini Terakhir: Selasa,19 Dis 2017
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 1663DSC 1596DSC 1619DSC 1623DSC 1643DSC 1689

KUALA LUMPUR, 6 Dis 17 – Asisten Ketua Staf Materiel, YBhg Brig Jen Dato’ Dr. Mohd Yunus bin Masjuki TUDM telah mengadakan perjumpaan bersama warga MTU-Materiel dan Fleet Kenderaan di Kabin Fleet Kenderaan, Markas Tentera Udara hari ini.

Terdahulu, satu majlis tahlil dan doa selamat turut diadakan sempena memberkati perjalanan beliau dan keluarga ke tanah suci bagi menunaikan ibadah umrah pada 11 Dis 17. Semoga perjalanan ke tanah suci dipermudahkan dan dirahmati Allah S.W.T.

Turut hadir Pengarah Materiel, YBhg Kol Mohamad Shuairi bin Abdullah TUDM; Pengarah Belanjawan, YBhg Kol Zainal bin Abdul Manaf TUDM serta pegawai-pegawai MTU-Materiel dan Ketua Fleet Kenderaan MTU.