Kemaskini Terakhir: Jumaat,24 Nov 2017
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 20171108 WA0004IMG 20171108 WA0005IMG 20171108 WA0007IMG 20171108 WA0008IMG 20171108 WA0009IMG 20171108 WA0010IMG 20171108 WA0006

KUANTAN, 8 Nov 17 – Seramai enam pegawai berpangkat Kapt TUDM telah berjaya menamatkan Kursus Advance Weapon Director Operational Conversion Course (ADWOCC) yang bermula pada 18 Sep lalu.

Kursus yang dianjurkan oleh Skn 320 ini merupakan kursus lanjutan kepada Pengarah Senjata yang berkategori 'Proficient' dimana setelah tamat kursus ini pelatih akan dinaik taraf ke kategori 'Tactical'.

Enam orang pegawai TUDM yang mengikuti kursus ini adalah Kapt Mohd Zulhusni bin Mohamad Roslan TUDM, Kapt Mohd Sani bin Zakariya TUDM, Kapt Muhammad Raffie bin Yatiman TUDM, Kapt Muhammad Arif bin Zazli TUDM, Kapt Firdaus Ashraf bin Rosli TUDM dan Kapt Mohd Syaal bin Said TUDM.

Majlis penyampaian sijil dan penutup kursus telah disempurnakan oleh Pegawai Memerintah Skn 320, Lt Kol Kumareson Shanmugam TUDM.