Kemaskini Terakhir: Jumaat,24 Nov 2017
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 4315DSC 4329DSC 4384

KUANTAN, 6 Nov 17 – Perbarisan Bulanan Komander Pangkalan, YBhg Brig Jen Dato' Noor Mohamad Akmar bin Mohd Dom TUDM telah diadakan di perkarangan Padang Kawad Pangkalan Udara Kuantan. Perbarisan ini diketuai oleh Mej Megat Faridal bin Mohd Toff TUDM dan dihadiri seramai 34 pegawai dan 326 anggota LLP.

Dalam perbarisan tersebut, Komander Pangkalan, YBhg Brig Jen Dato’ Noor Mohamad Akmar bin Mohd Dom TUDM telah menyempurnakan majlis pemakaian pangkat bagi anggota Cawang Tadbir dan penerimaan sijil jam penerbangan Pesawat Sikorsky bagi anggota No 10 Skn.

Komander Pangkalan telah mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua warga pangkalan yang terlibat secara langsung ataupun tidak dalam menjayakan aktiviti yang dijalankan didalam Pangkalan baru-baru ini.