Kemaskini Terakhir: Isnin,23 Okt 2017
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 0512IMG 0562IMG 0624IMG 0751IMG 0762IMG 0776

LABUAN, 7 Okt 17 - Pasukan hoki RMAF Labuan Raptor telah menyertai Kejohanan Hoki 7 Sebelah Liga Sukan Untuk Semua (LISUS) anjuran bersama antara Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Perbadanan Labuan serta Kelab Hoki Labuan.

Pertandingan ini disertai oleh beberapa kelab terkemuka dari Labuan dan Kota Kinabalu seperti KHL, IDDYHock dan KML serta beberapa agensi-agensi kerajaan dan swasta sekitar Labuan.

Pasukan RMAF Labuan Raptor Thunder telah menjuarai pertandingan ini setelah mengalahkan Kelab Hoki Labuan B dengan jaringan pukulan penalti strok 2 - 0. Manakala pasukan RMAF Labuan Raptor Storm telah memenangi tempat ke-3. Lt Muhammad Nur Shakarullah b Mohamad Zawawi TUDM dari Cawang Materiel, selaku kapten pasukan RMAF Labuan Raptor Thunder telah melahirkan kegembiraan atas kejayaan yang dirangkul hasil usaha dan komitmen rakan-rakan sepasukan. Penjaring terbanyak kejohanan ini juga dimenangi oleh pemain RMAF Labuan Raptor Thunder iaitu Mej Ahmad Tamimi b Abd Aziz TUDM dari No 5 Skn dan Penjaga Gol Terbaik Kejohanan disandang oleh Kpl U Shahrul Nazri b Mansor dari Cawang Material. Kedua-dua pasukan ini telah dibimbing dan diuruskan oleh Lt Kol Zainal Abidin b Yahaya TUDM selaku Pegawai Memerintah Skn 340.

Hadiah berupa trofi kejuaraan, medal dan wang tunai telah disampaikan kepada para pemenang oleh Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan Labuan, YB Datuk Rozman bin Hj Isli merangkap Pengerusi Perbadanan Labuan. Tahniah kepada kedua-dua pasukan kerana telah mengharumkan nama PU Labuan khasnya dan TUDM amnya.