Kemaskini Terakhir: Khamis,21 Jun 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

WhatsApp Image 2017 09 29 at 10.20.20WhatsApp Image 2017 09 29 at 09.39.58WhatsApp Image 2017 09 29 at 10.35.04

KUCHING, 29 Sep 17 – No 1 Skuadron telah menjalankan aktiviti Jiwa Murni di SK Mejar Jeneral Dato’ Ibrahim Kuching, Sarawak. Rombongan yang diketuai oleh Pegawai Memerintah No 1 Skuadron, Lt Kol Syed Faisal bin Syed Abdul Kadir TUDM telah disambut oleh Guru Besar sekolah berkenaan.

Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah mengecat Kelas Pendidikan Seni, gotong-royong di kawasan taman serta mengemas dan mengatur semula stor peralatan sukan.

Guru Besar sekolah telah mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pegawai Memerintah dan seluruh warga No 1 Skuadron kerana telah sedikit sebanyak membantu membuat gotong-royong di sekolah tersebut secara sukarela. Aktiviti ini akan dikekalkan bagi menjaga hubungan baik antara orang awam dengan ATM amnya dan TUDM khasnya.