Kemaskini Terakhir: Ahad,24 Sept 2017
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 0166DSC 0044DSC 0060DSC 0063DSC 0119

SUBANG, 8 Sep 17 - Kejohanan Ping Pong Antara Pangkalan TUDM yang berlangsung di Dewan Ababil Pangkalan Udara Subang mulai 5 hingga 8 Sep 17 menyaksikan pertandingan sengit di antara semua pasukan yang menyertai kejohanan tersebut. Terdapat beberapa kategori yang telah dipertandingkan di antaranya kategori Berpasukan Novice, Berpasukan Expert, Beregu Terbuka, Perseorangan Lelaki Novice dan Perseorangan Wanita Terbuka. Persatuan Ping Pong TUDM juga telah menjemput pemain dari TDM dan TLDM bagi menyertai Kejohanan Berpasukan Terbuka TUDM.

Pemangku Komander Pangkalan, Kol Mohd Shahril bin Mohd Ariffin TUDM telah menyempurnakan majlis penyampaian hadiah dan piala pusingan kepada para pemenang dan sekaligus menutup kejohanan pada kali ini. Turut hadir di kejohanan tersebut Penaung Persatuan Ping Pong TUDM, Mej Jen Dato’ Kamalruzaman bin Mohd Othman TUDM.

Berikut adalah keputusan di dalam kejohanan tersebut:

Berpasukan Novice
Johan : PU Kuala Lumpur
N/Johan : PU Kuantan
Ketiga : PU Subang

Berpasukan Expert
Johan : PU Gong Kedak
N/Johan : PU Kuala Lumpur A
Ketiga : PU Kuantan A

Terbuka Beregu
Johan : FSjn Zahari/FSjn Haikal - PU Kuala Lumpur
N/Johan : Kpl U Remy Izwan/Civ Nasrul - PU Gong Kedak
Ketiga : PW U I Fauzi/Civ Nizam - PU Kuala Lumpur

Terbuka Perseorangan (Lelaki)
Johan : Lu Ikmal - TUDM Jugra
N/Johan : Sjn U Nuril - PU Subang
Ketiga : Civ Nizam - PU Kuala Lumpur

Terbuka Perseorangan (Wanita)
Johan : Mej Mila TUDM - PU Subang
N/Johan : PW U II Sarah - PU Kuala Lumpur
Ketiga : Sjn U Adila - PU Subang

Kejohanan Berpasukan Terbuka TUDM
Johan : TUDM (FSjn Zahari, FSjn Haikal, Kpl U Remy dan LU Ikmal)
N/Johan : TLDM (BK Wan Husin, BK Amirulisham, LK I Nassier dan LK I Jeffry)
Ketiga : TDM (SSJN Wan Romli, Sjn Sarifuddin, Kpl Anuar dan Kpl Sharuddin)