Kemaskini Terakhir: Ahad,24 Sept 2017
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 3876DSC 3868DSC 3895DSC 3958DSC 3919DSC 3924

KUANTAN, 12 Sep 17 – Satu majlis penyerahan cek Insurans Kelompok Koperasi Tentera bagi Allahyarham Mej Yazmi bin Mohamed TUDM telah diadakan di kediaman balu Allayharham di Astana Permai, Kuantan, Pahang. Cek tersebut telah diterima oleh Puan Shafora Izwa binti Mohd Hilmi isteri kepada Allahyarham Mej Yazmi TUDM.

Penyerahan cek tersebut telah disempurnakan oleh Panglima Wilayah Udara 1, YBhg Mej Jen Hj Mohd Faudzi bin Hj Ahmad TUDM yang diiringi oleh Komander Pangkalan PU Kuantan, YBhg Brig Jen Noor Mohamad Akmar bin Mohd Dom TUDM. Turut hadir majlis tersebut Pengerusi BAKAT serta Ahli-ahli BAKAT PU Kuantan.

Selesai majlis penyampaian cek tersebut Panglima Wilayah Udara 1 telah melawat ke tapak pembinaan Markas Wilayah Udara 1 di PU Kuantan.