Kemaskini Terakhir: Ahad,19 Nov 2017
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 0572DSC 0615

KUALA LUMPUR, 8 Sept 17 – Majlis Angkat Sumpah Pegawai Kerahan Sepenuh Masa kepada Angkatan Tetap TUDM telah dilaksanakan hari ini bertempat di Bilik Mesyuarat Markas Pasukan Simpanan Tentera Udara. Kapt Nik Nooraida binti Nik Sulaiman TUDM, Pegawai Pengiring kepada Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Udara, telah diserap kepada Angkatan Tetap TUDM melalui kuasa Majlis Angkatan Tentera yang telah bersidang pada 28 Jul 17 berkuatkuasa mulai tarikh yang sama.
Beliau telah melafazkan ikrar Pengakusaksian di hadapan Pegawai Angkat Sumpah dan disaksikan oleh Pengarah PSTU, Kol Muhammad Shafiq bin Jahudi TUDM merangkap Pemangku AKS Tadbir dan turut dihadiri oleh Mej Shahril Anuar bin Mohd Yusof TUDM, Pegawai Staf 2 BAKAT Udara serta Pegawai dan Anggota Markas Pasukan Simpanan Tentera Udara. Tahniah diucapkan kepada Pegawai yang telah diserap.