Kemaskini Terakhir: Ahad,24 Sept 2017
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

image2image3

image4image6

LABUAN, 5 Sep 17 - Majlis Serah Terima Tugas Pengerusi Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) Udara PU Labuan telah diadakan di Dewan Seri Anggerik. YBhg Puan Siti Haida binti Abu Bakar secara rasminya telah menyerahkan tugas sebagai Pengerusi BAKAT Udara Labuan kepada YBhg Datin Hasnah binti Andik setelah menerajui kepimpinan BAKAT Udara Labuan sejak April 2017.

YBhg Puan Siti Haida binti Abu Bakar akan mengikuti suaminya iaitu YBhg Brig Jen Zulkifli Bin Hamid TUDM, Komander Pangkalan Udara Labuan yang akan berkursus di luar negara. Turut hadir ialah Penaung BAKAT Wilayah Udara 2, YBhg Datin Hjh Rosemah binti Hj Othman, Ahli-Ahli Terkanan BAKAT Labuan serta ahli-ahli BAKAT Udara Labuan.