Kemaskini Terakhir: Khamis,21 Sept 2017
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

123

SUBANG, 8 Ogos 17 – Mesyuarat Pengurusan Training Categorisation Instruction (TCI) Flait Bomba Pangkalan/Unit TUDM 2017 telah dirasmikan oleh Ketua Staf Operasi MAWILUD 1, YBhg Brig Jen Dato’ Hj. Yazid bin Arshad TUDM.

Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk membincangkan pelaksanaan dan pengurusan TCI Flait Bomba di setiap pangkalan/unit dalam memastikan kompetensi anggota Bomba TUDM berada di tahap terbaik selain mengenalpasti ruang-ruang penambahbaikan yang boleh diambil untuk memantapkan lagi pelaksanaan TCI Flait Bomba.

Mesyuarat yang bermula dari 8 hingga 9 Ogos 17 ini telah diadakan di Flait Bomba PU Subang dan dihadiri oleh semua Pegawai Bomba di Markas serta Pegawai Waran Bomba dari setiap pangkalan/unit.