Kemaskini Terakhir: Jumaat,24 Nov 2017
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 1261DSC 1278DSC 1296DSC 1354DSC 1379

KUANTAN, 10 Ogos 17 – Perbarisan Bulanan Komander Pangkalan, YBhg Brig Jen Noor Mohamad Akmar bin Mohd Dom TUDM telah diadakan di perkarangan Padang Kawad Pangkalan Udara Kuantan. Perbarisan diketuai oleh Mej Riduan bin Hj Jani TUDM.

Dalam perbarisan itu, Komander Pangkalan telah menyempurnakan upacara pemakaian pangkat kepada 2 pegawai dan 10 anggota lain-lain pangkat serta penyampaian sijil khidmat terpuji kepada seorang pegawai dan 5 anggota lain-lain pangkat.

Dalam ucapan Komander Pangkalan, beliau turut menerangkan tentang Program Transformasi Nasional 2050 Pertahanan (TN50D) kepada semua peringkat anggota Pangkalan Udara Kuantan.