Kemaskini Terakhir: Khamis,21 Sept 2017
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 0547DSC 0553DSC 0555

SUBANG, 10 Ogos 17 – Latihan praktikal kursus Pengurusan Kontrak Pelincir Kenderaan, Bulk Fuel Installation (BFI) dan Kualiti Bahanapi anjuran Markas Pemerintahan Operasi Udara – A4 telah dilaksanakan di BFI Pangkalan Udara Subang. Latihan praktikal ini telah dihadiri oleh Mej Muhammad Zamani bin Saat TUDM, Staf MPOU-A4, Nadi Kristal, Petronas dan semua peserta kursus.

Peserta kursus terdiri daripada 21 anggota LLP yang terlibat secara langsung dengan pengurusan dan pengendalian Pelincir Kenderaan, BFI dan Kualiti Bahanapi di setiap pangkalan/unit TUDM.

Kursus ini diadakan adalah untuk memberi pengetahuan dan pendedahan berkaitan aspek-aspek teknikal BFI yang merangkumi pengenalan secara lebih terperinci kepada spesifikasi, kawalan mutu, penyimpanan dan pengendalian bahanapi pesawat serta pengetahuan tentang produk-produk PMP.